Alat-alat tukang kepunyaan penindas tidak akan meruntuhkan rumah penindas

Source: Pachamama.org

“Alat-alat tukang kepunyaan penindas tidak akan meruntuhkankan rumah penindas. Alat-alat itu boleh menewaskan penindas hanya buat seketika, namun ia tidak akan menjamin perubahan yang murni. Perkauman dan homofobia adalah perkara yang kian dialami oleh kita semua. Saya menyeru kepada semua untuk menyelam ke dalam minda masing-masing dan ‘menyentuh’ unsur-unsur yang menimbulkan ketakutan dan kejelekan yang wujud di sana. Lihat wajahnya. Waktu itulah isu-isu peribadi yang berbaur politik mulai memberi pencerahan kepada pilihan hidup kita”.

– Audre Lorde, The master’s tools will never dismantle the master’s house, 1979

Alat-alat tukang penindas merujuk kepada bahasa, teori dan struktur wacana feminis Barat yang menepikan suara wanita lesbian, berkulit hitam dan yang berasal daripada masyarakat membangun (dunia ketiga). Di sini Audre Lorde menyampaikan satu amaran; di mana satu bahaya dalam bentuk keganasan epistemik (epistemic violence) akan ditimpa wanita yang bukan berkulit putih dan tertindas selagi kategori ‘wanita’ tidak memartabatkan perbezaan antara wanita dari segi bangsa, bahasa, agama, identiti seksualiti, dan latarbelakang kelas.

Keganasan epistemik adalah satu bentuk keganasan yang halus tetapi mempunyai kesan yang memudaratkan wanita biasa, khususnya yang bukan dari golongan elit. Keganasan ini disebarluas melalui penjanaan ilmu, maklumat yang digunakan untuk mengetahui dan membantu. Bahasa tidak bersifat neutral, malah ia bersangkut-paut dengan budaya dan politik untuk melindung kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu.

Audre Lorde menyaran kepada wanita yang memperjuangkan feminisme untuk meneliti dan membongkar struktur bahasa dan rangka wacana feminis yang digunakan; dari manakah ia datang? siapakah yang dijadikan tokoh dan idola? Bahasa dan ilmu mampu digunakan untuk menggerakkan fahaman seksis terhadap wanita. Namun bahasa dan ilmu juga boleh menjadi benih dan substrat kepada kesedaran wanita dan perubahan. Audre Lorde mengungkapkan kuasa bahasa dan ilmu dengan kata-kata Simone de Beauvoir: “Daripada pengetahuan yang jujur mengenai keadaan kehidupan ini akan kita menimba kekuatan dan sebab-sebab untuk bertindak” (2003, Lorde: 28)

Rujukan:
Audre Lorde. 2003. ‘The master’s tools will never dismantle the master’s house’. Feminist Postcolonial Theory: A Reader, disunting oleh Reina Lewis dan Sara Mills. London dan New York: Routledge. pp. 25-28.

By Angry Malay Woman

I like plants.

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: