I cannot remember what I was doing in the British Library one fine afternoon in 2014, but I had found a who’s who of Malay literature published by Dewan Bahasa dan Pustaka. In it was a short biography of Anis Sabirin, a name I was faintly familiar with for being the singular critical voice against the sexism of Malay male writers in the 1960s. Soon after, I requested an inter-library loan from Leiden via the SOAS Library to read her collection of essays, Peranan Wanita Baru (The Role of the New Woman, 1969). This book is largely forgotten now, but her critique is still fresh. There is no other book like it since; a collection of essays on Malaysian women in development, economics, Malay culture, and contemporary Malay literature. An intention to write a full length essay stewed in the backburner for many months until an opportunity came to write a column for the Malay Mail commemorating International Women’s Day of 2015. The column is intentionally in Malay as a kind of homage to a Malaysian feminist writer:

Anis Sabirin. Satu nama yang jarang sekali menjelma dalam wacana feminis di Malaysia. Suatu ketika di penghujung dekad 1960-an, beliau terkenal sebagai suara yang lantang mengkritis penggambaran wanita yang seksis dalam sastera Melayu moden. Beliau bagaikan perintis feminis moden yang berpencapaian tinggi, lain daripada tokoh-tokoh feminis-nasionalis terkemuka seperti Shamsiah Fakeh dan Sybil Kathigasu yang datang sebelumnya.
Malaysia pada zaman 1960-an sebuah negara yang baru mengenali pembangunan moden dan hidupan kosmopolitan yang banyak memanfaatkan golongan wanita di bandar. Dapat dilihat di zaman ini ramai wanita yang bekerja dan berkerjaya berikutan bilangan mahasiswi di universiti yang meningkat.
Lahir pada tahun 1936 di Johor Bharu, Anis Sabirin adalah antara wanita generasi moden 1960-an yang menyambut peluang melanjutkan pelajaran hingga ke tahap PhD dalam bidang ekonomi di Amerika Syarikat. Beliau pernah menetap di San Francisco dan Los Angeles selama 20 tahun dan giat menulis fiksyen dan puisi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Esei-eseinya tentang isu wanita dalam Peranan Wanita Baru dan majalah Dewan Sastera menempatkan Anis Sabirin antara penulis wanita bersifat feminis yang terawal di Malaysia.
Pada tahun 1963, beliau pernah menyampaikan kritikan yang menyengat di Majlis PENA yang berlangsung di Universiti Malaya. Dalam ucapannya, penulis lelaki popular seperti Yahya Samah, Alias Ali, Keris Mas, dan Kala Dewata sering mengisi novel mereka dengan watak pelacur dan mangsa rogol sebagai ‘perencah’ cerita. Menurut Anis Sabirin, watak wanita yang menggiurkan menjadi ‘barang dagangan’ bagi menyara kehidupan seorang sasterawan lelaki.
Dari sudut pandang sekarang, Malaysia pada dekad 1960-an adalah seperti negara yang asing. Mungkin sukar untuk kita bayangkan bahawa pasaran novel picisan di zaman dahulu penuh dengan seks dari muka depan hingga ke belakang. Seperti majalah lucah, kulit buku Temasya Cinta oleh A. Samad Ismail dan Patah Dayong oleh Yahya Samah dihiasi imej wanita yang telanjang. Mengikut Anis Sabirin, perempuan dalam novel-novel seperti ini ‘sudah menjadi barang yang rosak dan merosakkan.’
Sangat mengejutkan jika kita membaca esei-esei yang dihimpun dalam Peranan Wanita Baru terbitan Utusan Melayu pada tahun 1969. Tajuknya – Peranan Wanita Baru – mengacu kepada wanita 1960-an yang sedang melangkah ke zaman paska-kolonial yang penuh perubahan sosial dan budaya. Seiringan dengan itu, gerakan feminisme gelombang kedua di Amerika Syarikat baru sahaja berputik di pertengahan 1960-an.
Anis Sabirin begitu peka kepada kehendak wanita moden yang dibelenggu pemahaman adat dan agama yang kuno. Menurutnya, sudah ramai wanita 1960-an yang berpendidikan tinggi dan mempunyai daya saing di tempat kerja tetapi ditekan oleh beban rumahtangga. Beliau menggaris dengan terang-terang bahawa kemajuan wanita terletak di luar rumah:
Nanti bila pergaulan bangsa kita menjadi bertambah bebas, kenyataan ini boleh-lah di-buktikan, bahawa wanita yang bekerja itu hidup-nya menarek daripada sa-orang wanita yang dudok di-rumah, dan sebab itu dia tidak payah berlumba-lumba memikat orang lelaki untok memboktikan daya penarek-nya.
Peranan Wanita Baru merupakan satu-satunya buku yang menyasarkan bara terhadap patriarki yang tertanam degil di akar umbi budaya Melayu. Boleh dikatakan bahawa belum pernah adanya buku yang sepertinya malah ia lenyap dari wacana feminis Malaysia. Soalnya mengapa?
Suara lantang Anis Sabirin dalam Peranan Wanita Baru mungkin tidak mendapat sambutan yang meluas di kalangan wanita dan lelaki Malaysia. Penulis wanita yang berani mencabar lelaki akan disisih secara terang dan halus. Meskipun sumbangan wanita dalam dunia sastera Malaysia dianugerahkan bermacam pingat dan piala, mereka tidak diagungkan seperti lelaki sejawatnya. Tidak ada sasterawati Melayu yang dikenali umum seperti Shahnon Ahmad dan A. Samad Said.
Setelah 46 tahun sejak terbitan Peranan Wanita Baru, bagaimana pula pembaca novel popular sekarang yang dihidangkan dengan keasyikan kahwin kontrak dan ombak rindu? Di mana pergi peredaran zaman yang memberi peluang kepada wanita seluas-luasnya pada tahun 1960-an itu?
Pendirian tegas Anis Sabirin tentang isu wanita jauh berbeza daripada wanita Malaysia yang menulis dalam bahasa kebangsaan di waktu kini. Namun penulisannya masih segar dan relevan. Sebagai seorang wanita yang giat menulis tentang isu wanita, saya mengambil iktibar darinya dan mengkagumi esei-eseinya yang bersifat feminis dan ‘global’ yang muncul sebelum kemudahan internet dan arus globalisasi.
Hujah feminis yang dikemukakan dalam Peranan Wanita Baru adalah bukti bahawa masa depan wanita di Malaysia tidak menentu. Kekangan dahulu sama seperti kekangan sekarang. Suasana zaman atau zeitgeist yang kini diungkapkan oleh wacana ‘demokrasi’ dan ‘hak asasi’ tidak menjamin kemajuan dan pencerahan. Namun, perjuangan feminis di Malaysia yang kini semakin memuncak akan meninggalkan kesan yang lebih bermakna dan sejarah yang lebih diperingati oleh generasi yang akan datang.
My translation:
Anis Sabirin. A name we rarely hear in Malaysian feminist discourse today. She was known in the 1960s as a strident critic of the sexist portrayal of women in modern Malay literature. As a highly accomplished woman in modern Malaya, she was different from the kind of nationalist women of the likes of Shamsiah Fakeh and Sybil Kathigasu who are reimagined today as feminist heroines.
Malaysia in the 1960s was new to modernity and the cosmopolitan lifestyle that benefited women living and working in urban centres. Women of the period were pursuing careers outside the home and quickly filling the university where they were receiving gaining higher education.
Born in 1936 in Johor Bharu, Anis Sabirin belonged to a new generation of Malaysian women who embraced the opportunities in education that led to her pursuing a PhD in economics in the US. She went on to continue to living in San Francisco and Los Angeles for more than 20 years where she was active in writing fiction and poetry in both Malay and English. Her essays on women’s issues in Peranan Wanita Baru and in the literary magazine Dewan Sastera places her as among the earliest feminist voices in Malaysia.
In 1963, she delivered a stinging, if very memorable, critique at the assembly of Association for National Writers of Malaysia, PENA, in University of Malaya. In her speech, popular writers like Yahya Samah, Alias Ali, Keris Mas, and Kala Dewata regularly write into their stories prostitutes whose only function is to spice things up. According to her, sexualised imagery of women were ‘commoditised’ to line the pockets of male fiction writers.
From today’s perspective, Malaysia in the 1960’s might seem like a foreign country. It might strike as a surprise that many novels and penny dreadfuls of the time were filled with sexually explicitly and tawdry content. Like pornographic magazines, naked women grace the book covers of Temasya Cinta by A. Samad Ismail and Patah Dayong by Yahya Samad (see blog post for example). The women in these novels are depicted as ‘damaged and damaging objects’.
It will come across as a surprise to read the essays in Peranan Wanita Baru published in 1969 by Utusan Melayu. The title of the collection – The Role of New Women – is an address to Malaysian women who were experiencing new social and political realities of the postcolonial era. It was also a period that coincided with the rise of Second Wave feminism.
Anis Sabirin was sensitive to the constraints of custom and conservative interpretations of religion. She felt that women could compete for the best jobs in the work place but were held back by domestic responsibilities. It was clear to her that women’s progress lie outside the home:
When there are fewer restrictions on mixing between the sexes, we will find that working women’s lives are more interesting than the woman stays at home, and that is because the working woman is not as desperate to show her desirability to men
Peranan Wanita Baru is perhaps the only book in Malay by a woman that articulates directly at the deeply embedded patriarchal hegemony of Malay society. There has never been a book quite like it and it is somehow completely forgotten. Why?
The author’s strident voice may not have been well-received in Malaysia at the time and the decades that followed. Malay women writers who were bold and critical of men were marginalised in explicit and subtle ways. Although many women writers have been garlanded with awards for their literary achievements, they are not the nation’s Great Writers like Shahnon Ahmad and A. Samad Said.
Since its first publication 46 years ago, what do contemporary readers make of ‘contract marriage’ romances and rape myths in Ombak Rindu so popular in Malaysian fiction today? Where have the heady days of modernity and cosmopolitanism enjoyed in the 1960s that Anis Sabirin wrote about gone?
Anis Sabirin’s clear and vociferous voice is but a faint echo in the discourse on women’s rights in the Malay language today. But her’s is still fresh and relevant as ever. As a woman who writes on ‘women’s issues’ in Malaysia, I turn to Anis Sabirin for inspiration as a ‘global’ trailblazing writer far ahead of her time before the age of the internet and globalisation.
If the feminist issues raised in Peranan Wanita Baru are an indicator for anything, they are an unhappy reminder that the future for women in Malaysia is deeply uncertain. Malaysian women faced the same kinds of obstacles then as they do now. The human rights discourse and democracy that imbibe the spirit of the age cannot guarantee progress and enlightenment. However, it will seem like the current feminist wave will be more than a historical footnote in the annals of Malaysian women’s history.