Ironi adalah …

PTTM 2011. Copyright protected.

Beberapa bulan yang lepas saya terserempak dengan sebuah kumpulan di laman Facebook yang bernama “Hentikan ganggguan seksual terhadap lelaki”. Kerana saya mengambil pendirian tegas tentang gangguan seksual terhadap sesiapa pun saya klik untuk maklumat lanjut. Saya kaget, terkejut besar, dengan apa yang saya lihat; pakaian Muslimah yang cukup menutup aurat selama ini mengganggu kaum lelaki Melayu secara seksual! O.O

Apa yang perlu dilakukan kepada golongan perempuan yang tidak perasan lagi tidak prihatin tentang cara pemakaian dan sifat semulajadi mereka sebagai perempuan? Perlukah mereka dihukum, didenda RM100 kerana menyeksa lelaki dan membuat tempat-tempat awam tidak selamat untuk lelaki lagi?

Setahu saya gangguan seksual melibatkan taktik membuli untuk menakutkan atau meresahkan seseorang dengan niat yang seksual. Saya yakin kebanyakan perempuan tidak berniat langsung untuk mengganggu lelaki yang lemah pedoman dengan pakaian mereka walau bagaimana seksi ataupun tidak.

Maka, kita tiba di sebuah kesimpulan: masalahnya adalah lelaki yang tidak boleh mengawal mata mereka yang meranjang dan memanggil diri mangsa. Mengkritik pakaian perempuan dengan ayat-ayat suci Al-Quran adalah contoh penyalahgunaan agama dan sebuah taktik untuk menguasai pergerakan orang perempuan. Akhir kata, gangguan seksual itu bukan isu murahan yang boleh dieksploitasi buat kepentingan diri.

By Angry Malay Woman

I like plants.

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: